KHASIAT DAUN BAWANG

December 10, 2018



Daun bawang di ketegorikan dalam kumpulan herba yang mudah didapati di pasar-pasar dan ianya juga amat mudah ditanam dan dijaga,

Daun bawang juga amat sinonim dengan "orang kita" sebagai penambah aroma dan juga penghias sajian supaya nampak lebih menyelerakan.

Tahukah anda, daun bawang mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan untuk tubuh?

  1. Dalam sebatang daun bawang mengandungi 2.6% Vitamin A yang sangat baik untuk kesihatan mata.
  2. Daun bawang mengandungi asid folik yang sangat tinggi dimana sangat baik untuk kesihatan ibu-ibu yang sedang hamil. Asid folik ini baik untuk perkembangan janin dalam kandungan.
  3. Daun bawang sangat kaya dengan kalsium yang baik untuk tulang.
  4. Antioksidan yang terkandung dalam daun bawang baik untuk menjaga kekebalan tubuh dari di jangkiti berbagai penyakit yang berbahaya.
  5. Sekiranya anda mengalami masalah kurang tidur atau sering tidak mendapat tidur yang berkualiti, sebaiknya amalkan pengambilan daun bawang dalam me nu seharian. Mendapat tidur yang berkualiti akan membantu mengurangkan masalah risiko stress.
  6. Selain baik untuk kesehatan orang dewasa, daun bawang juga baik untuk mencegah masalah cacing pada kanak-kanak.
  7. Kandungan serat dalam Daun bawang yang tinggi sangat baik untuk pencernaan. Jadi anda yang mengalami masalah sembelit harus mengamalkan pengambilan daun bawang.
  8. Kandungan zat besi pada daun bawang baik untuk mencegah anemia. Zat besi sangat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dalam tubuh.
  9. Senyawa cycloalliin yang terkandung dalam daun bawang sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung.
  10. Untuk menjaga kadar gula darah, anda memanfaatkan daun bawang. Kandungan phyto-kimia sangat baik untuk menjaga kadar gula darah

No comments:

Powered by Blogger.