Penyamun bawa lari 30 lembu

December 11, 2013


Antara lembu yang tinggal selepas 30 yang lain dilarikan sekumpulan lelaki di Bukit Rambai, Melaka, semalam manakala Budiman menunjukkan kesan luka pada lehernya (gambar kecil). - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Melaka Tengah: Sekumpulan lelaki disyaki bersenjata pistol dan parang melarikan 30 lembu bernilai RM75,000 dari sebuah ladang ternakan di Bukit Rambai, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata kejadian pada jam 2 pagi berhampiran Taman Bukit Rambai ketika empat pengawal keselamatan sedang bertugas.

Siasatan awal menunjukkan sekurang-kurangnya 15 orang terbabit dalam jenayah ini. Mereka mengikat lima pekerja ladang sebelum melarikan lembu dengan sebuah lori, katanya di sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan menggunakan senjata berbahaya.

Sementara itu, seorang pekerja ladang yang ditemui yang dikenali sebagai Budiman, 40, berkata sejurus sebelum kejadian, beliau dan empat rakannya sedang tidur dalam sebuah rumah di ladang itu.

Terkejut bunyi kuat

Kami dikejutkan dengan bunyi kuat seperti pintu ditendang sebelum muncul beberapa lelaki bersenjatakan pistol serta parang yang meluru masuk dan kemudian mengugut supaya tidak melawan.

Oleh sebab ketakutan, kami terpaksa menurut arahan mereka yang kemudian mengikat saya bersama rakan lain menggunakan tali sebelum melarikan sejumlah lembu dengan lori, katanya.

Budiman mendakwa selain 30 lembu, penjenayah terbabit turut melarikan wang tunai RM8,000 dan lima telefon bimbit milik mereka.

Katanya, beliau dan empat rakan yang berjaya membuka ikatan selepas penjenayah melarikan diri pada jam 4 pagi sebelum bergegas ke rumah berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
BH difahamkan masih ada kira-kira 20 lembu lagi di dalam ladang ternakan berkenaan yang tidak dilarikan kumpulan penjenayah terbabit.

Sumber: Berita Harian Online


Nota SiNamitaro: mcm2 jenis jenayah.. asal boleh buat duit semua disamunnya... takut pulak baca cite2 mcm ni.

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.