BANGKIT DARI KEGAGALAN

August 16, 2017
Semua orang pasti pernah mengalami kegagalan, tak kira kegagalan itu kecil atau besar.
Kegagalan sebenarnya adalah guru paling baik sekiranya kita sanggup menerima dan bangkit semula.

#Redha dengan kegagalan bukan bermakna mengalah, namun ianya titik mula untuk bangkit semula. Bila kita redha pastinya kita akan kembali mendekatkan diri dengan pencipta.

#Muhasabah diri itu penting jika kita ingin bangkit semula. Cuba renung kembali diri kita sebelum ini, mengaku kesilapan dan sedia membetulkan kesilapan itu.

#Memaafkan dan meminta maaf terutamanya kepada suami/isteri,anak-anak, ibu, ayah dan kawan-kawan. Kita manusia kadangkala perkataan dan perbuatan kita menyakiti hati orang sekeliling.

#Tingkatkan amalan seperti solat taubat dan membaca Al-Quran. Berusaha supaya Allah sayang pada kita, mohon dari Nya supaya dibukakan jalan menuju kejayaan.

#Berusahalah dengan bersungguh dalam pekerjaan atau apa sahaja yang kita usahakan.

#Sikap positive seperti jujur, amanah dan ikhlas sematkan dalam diri.

#Tawakkal kerana yang memberi kejayaan itu adalah Allah.

Firman Allah;

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sampai mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” Q. S. [13] : 11

Percayalah jika kita diduga dengan gagal hari ini pasti ada kejayaan yang Allah simpan untuk kita dihari esok. Jangan takut untuk bangkit semula.



No comments:

Powered by Blogger.