Bila golongan senior nak belajar bahasa santai

August 04, 2017
Lama rasanya tak buka blog ni bersawang berhabuk semua ada.

Rasanya kat sini tempat paling sesuai untuk mengasah semula kemahiran menulis (tengok ayat skema takleh nak buang grrrrrrr).

Bila zaman berubah cara hidup pon berubah secara tak langsung jugak cara penulisan berubah. 

Zaman serba nak cepat ni semu
a orang suka penulisan cara santai tapi untuk yang senior macam aku ni agak payah nak ikut trend tu. Pusing kot mana pon dok skemaaaaaa jugak yang keluar. Lama-lama stress sendiri, pas tu bebai wakakakakaka.

Walau macam mana sekali pon perubahan yang macam ni tetap kena ikut. Lebih lebih lagi untuk yangbterlibat dalam bisness online. Kalau dok lagu tuuu ja memang tak jalan lah jawabnya bisnes kaw tu Cek mek molek oooiii.

Zaman sekarang sekarang entry2 tang bersahaja akan menarik minat pembaca. Lebih mesra katanya walaupon gaya penulisan dan bahasa yang di gunakan tak mengikut perkataan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Seolah olah wujud 1 fenomena bahasa baru.

Walaupon entry generasi zaman sekarang nampak santai dengan bahasa mudah yang bersahaja, percaya atau tidak bukan mudah bagi golongan senior macam aku ni nak deliver ayat ayat bersahaja macam tu. Stress nya bukan main lagi bila nak start menulis. 

Kadang kadang stress sampai aku google ada tak cikgu yang mengajar penulisan santai. Teruknya sampai macam tu sekali hahahahaha....

Well walau ape pon, walau susah macam mana pon aku akan cuba dan terus mencuba. Harapnya satu hari nanti aku dapat menguasai gaya penulisan mengikit trend. Inshaallah.








No comments:

Powered by Blogger.