DUA BAHAN DARI DAPUR ANDA MAMPU BUAT GIGI PUTIH BERSERI.

January 25, 2018
Ramai antara kita ada masalah gigi kuningkan? Termasuklah aku, maklumlah peminum kopi tegarrrrr.

Bila gigi kuning nak senyum pon ala-ala malu gitew. Lebih-lebih lagi bila bertemu dengan customer, nak bercakap pon kepit-kepit takut beno orang perasan kaler gigi tu.

Aku faham, kos rawatan gigi sekarang ni mahal kan? Meh sini aku kongsikan tips untuk putihkan gigi;

Bahan:

2 sudu kecil baking soda
1/2 lemon
Berus gigi

Caranya:

Campurkan lemon dan baking soda. Baking soda akan berbuih-buih tau, biar je. Bila dia dah tenang amik berus gigi celup ke adunan tadi dan boleh le gosok gigi.

Selain untuk gigi adunan ni boleh digunakan sebagai masker untuk wajah juga tau.

Khasiatnya untuk wajah boleh menghilangkan jerawat, memuluskan kulit wajah dan memudarkan lingkaran hitam bawah mata.

Selamat mencuba.





No comments:

Powered by Blogger.