Film Animasi SING

January 03, 2018
Hari ni rasa nak tulis pasal filem animasi bertajuk Sing. Watak-watak haiwan dalam filem ni semuanya comel-comel dan pandai menyanyi ^^.



Tapi aku bukan nak tulis pasal betapa comelnya watak-watak haiwan dalam filem ni tapi nak cerita pasal macam-macam pengajaran dan aura positif watak-watak yang ada dalam filem ni.

Jalan cerita filem ni sangat simple, mengisahkan seekor beruang koala yang comel bernama Buster Moon pemilik dewan teater yang sangat optimis dan positif. Demi menyelamatkan dewan teaternya dia ingin menganjurkan pertandingan nyanyian. Walaupon sampai ke sudah cerita ni pertandingan nyanyian tu gagal tapi Buster Moon berjaya menyelamatkan dewan teater yang sangat disayanginya.


Watak pertama Buster Moon seekor beruang koala dan pemilik dewan teater yang dah tak laku. Demi menyelamatkan dewan tater Moon menganjurkan pertandingan nyanyian dan bercadang menawarkan hadiah sebanyak $1K tapiiiiii atas kesilapan pembantu beliau hadiah menjadi $100K OMG!!!!!!

Tapi, betapa baiknya si Moon ni dia tak pecat pon pembatu dia tu. Mungkin sebab pembantu dia tu dah tua atau mungkin dia menghargai kesetiaan pembantu dia tu walaupon dia berada dalam keadaan susah.

Moon tetap nak teruskan pertandingan nyanyian tu walaupon sebenarnya dia takde hadiah $100K tu. Dalam masa sama Moon mencari jalan macam mana nak cari wang hadiah tersebut.

Makhluk pertama yang dia tanya mestilah kawan baik dia Eddie Noodleman, anak jutawan. Tapi malangnya kawan baik dia tu takut nak minta tolong bapak dia. Eddie sebenarnya tak yakin dengan rancangan Moon tapi Moon terlalu optimis yang dia akan berjaya.

Aku teringat kata-kata DMFK, diri kita adalah magnet yang menarik orang yang sama macam ita untuk mendekati kita. Macam dalam cerita ni, Moon seorang yang sangat positif. Siapa sangka perserta yang dia pilih kebanyakannya sangat positif dan sangat menyokong Moon walaupon setelah dorang tahu hadiah $100K tu takde.

Moon juga seekor koala yang pandai memberi semangat terutama sekali kepada Meena. Seekor gajah comel yang pandai menyanyi tapi bersifat malu gilerrr.

Moon berada ditahap paling teruk bila dia gagal dan dewan teater dia musnah akibat renovation yang tak sepatutnya dia buat semata2 nak memenuhi standard Nana Noodleman.

Semestinya semangat sesiapapon akan luntur bila ada dalam keadaan Moon tapi paling mengejutkan peserta2 pertandingan tu tak marah dan tak menyalahkan Moon walaupon berita2 tv semua menghentam dia.

Moon kembali ke pekerjaan keluarga dia bersama pembantu dia Miss Crawly sebagai pencuci kereta walaupon sebenarnya itu bukan minat dia. Tapi bila kawan baik dia Eddie sudi membantu Moon mula bersemangat.

Moon kembali bersemangat nak teruskan konsert bila mendengar suara Meena yang merdu, selepas tu Moon panggil semuapeserta yang positif untuk buat pertunjukan atas bakat mereka tanpa ada ganjaran hadiah. Lima peserta berusaha membina pentas sementara atas tapak dewan teater walau pon tapak tu dah jadi milik bank sebab Moon tak dapat bayar. Kira macam dorang menceroboh lah hahahha.

Masa dorang buat persiapan Mike si tikus yang berlagak dan yang menyebabkan dewan teater Moon roboh minta maaf dan Moon memaafkan dia. Ade ke manusia pemaaf macam ni sekarang? Tapi tu lah, Moon sangat baik dan pemaaf dan benarkan Mike buat persembahan malam tu walaupon si Mike ni langsung tak tolong buat persiapan dan siap kutuk2 lagi.

End up show malam tu berjaya sebab keikhlasan semua peserta dan sape sangka Nana Noodleman datang malam tu dan sangat kagum dengan Moon.

Atas sikap positif, optimis dan tak mengaku kalah tu lah last sekali Moon dapat balik dewan teater dia atas bantuan Nana Noodleman.

Eddie Noodleman kawan baik Moon dan anak jutawan yang takde kerja. Kerja dia tiap hari tido dan main game, wahhhhh bahagianya dia.

Walaupon macam tu Eddie seorang sahabat yang baik dan setia serta sangat taat kepada parent dia. Kenapa aku cakap macam tu? Dalam filem ni dia ada bagi tahu Moon benda2 yang bapak dia suruh buat setiap hari dan dia amat patuh termasuklah kena pergi melawat nenek dia yang garang setiap hari Khamis setiap minggu.

Pada awalnya Eddie sangat tak setuju dan tak yakin dengan idea Moon pasal pertandingan nyanyian tu. Tapi bila Moon berada di tahap gagal yang sebetul2 gagal Eddie berada disamping Moon dan sanggup tolong Moon mencuci kereta untuk cari duit.

Inilah baru kawan dan sahabat yang baik, betul tak?

Nana Noodleman ialah nenek Eddie yang garang. Bila Moon tahu Eddie akan melawat nenek dia setiap Khamis, Moon tak lepas peluang untuk cuba dapatkan pertolongan dari Nana untuk sponsor duit hadiah.

Nampak macam Moon muka tembok kan? Tapi dia sanggup tebalkan muka untuk realisasikan impian dia.

Nana memang nampak garang dan meletakkan standard yang tinggi. Cara dia cakap dengan Moon pon boleh buat lemah semangat. Boleh surrender lah kalau orang biasa. Dia langsung tak percaya dengan idea Moon.

Tapi Moon offer pre-show kepada Nana. Bermulalah kerja keras Moon untuk memenuhi standard Nana. Tapi semuanya musnah akibat sifat tamak Mike, salah seorang peserta pertandingan tu.

Masa ni lah terbongkar yang duit hadiak $100K tu tak wujud dan paling menyedihkan lagi dewan teater Moon musnah. Pastinya Nana hilang percaya dengan Moon.

Tapi, aku dapat rasa Nana bukan orang yang garang tapi tegas. Standard yang dia letak bukan untuk melambangkan siapa dia tapi untuk dia ukur kewibawaan individu.

Di akhir filem ni Nana datang ke konsert Moon dan peserta dan Nana sendiri olong selamatkan dewan teater Moon. Watak ni macam aku tau, muka garang tapi hati baik wahahahahaha perasannnn.

 Crawly seekor iguana tua yang pakai mata palsu dan sangat setia dengan Moon walaupon Moon tengah susah. Selalu buat masalah tapi baik hati.

Guru piano dan sangat dedikasi walaupon terpaksa mengajar piano sepanjang malam untuk Johnny.


Gunter watak seekor piglet yang bersemangat dan bersikap terbuka serta positif. Walaupon dia digandingkan dengan Rosita yang sudah berkahwin dan ramai anak. 

Rosita ialah ibu kepada 25 anak, ramainyeeeee anak dia.

Dalam kehidupan kita ibu yang sibuk dengan anak2 akan melupakan apa saja impian mereka, betul tak? Samalah macam Rosita.

Kehidupan surirumah yang rutinnya sebegitu, dapat pulak suami yang langsung tak pernah hargai dia apetah lagi nak tolong buat kerja rumah.

Tapi bila nampak iklan pasal pertandingan nyanyian dia berazam nak join jugak.

Bila bersama peserta Rosita lebih bersifat keibuan, sangat prihatin dan sensitif dengan kedaan keliling. Aku perasan bila Ash sedih sebab putus cinta, bila reaksi Johnny yang sedih lepas menyanyi walaupon dapat tepukan gemuruh, bila Moon hilang semangat Rositalah yang pertama ambil berat.

Watak Rosita boleh jadi teladan buat ibu2 dan suri rumah yang ada impian. Tak salah mengejar impian yang penting pandai mengatur masa.

BTW lupakan watak Rosita yang piglet ni, amik nilai positifnya sudah yaaaa.

Ash female rockstar yang tabah. Dalam filem ni Ash kena tinggal dengan boyfriend dia sebab Moon hanya pilih Ash untuk sertai pertandingan. Aku suka cara Ash tangani rasa sedih dan cara dia menerima nasihat orang sekeliling.

Termasuk menerima pendapat Moon mengenai penampilan dia, yaaaa Ash ubah penampilan dia supaya dia nampak lebih segarrrrrrr atas nasihat Moon.

Nilai baiknya, kita jangan menolak pendapat orang tapi cuba sesuaikan pendapat itu dengan diri kira, mungkin kita akan jadi lebih baik dari biasa.

Mike seekor tikus yang angkuh dan sebab dialah semuanya musnah. Pentingkan diri sendir dan anggap diri dia yang paling bagus dan tak tahu malu pulak.

Tapi at the end dia akui bakat Meena yang superb!


 Johnny ialah anak perompak yang taknak ikut jejak bapak dia. Betul lah kan, kalau iman tak boleh diwarisi, kejahatan juga tak boleh diwarisi.

Tak semestinya anak orang alim ulama akan jadi alim ulama juga dan jangan pandang anak penjenayah itu penjenayah juga. Nilai murni dan hati adalah hak individu tidak diwarisi sesiapa.

Johnny anak yang baik, sanggup buat apa saja untuk jamin bapak dia.

Mulanya dia nak curi duit hadiah pertandingan untuk jamin bapak dia tapi tak jadi bila terbaca nota Moon "Johnny born to be singer". Wow dengan satu ayat boleh lembutkan hati orang kan?

Tu sebab kita kena cakap benda baik2 je.

Johnny pon salah sorang yang join konsert free di akhir filem ni. Dan sapa sangka bila bapk dia dengar dia nyanyi bapak dia maffkan dan terima dia semula.

BTW bapak dia marah sebab Johnny gagalkan rancagan merompak samapi dia masuk penjara.

Last sekali Meena. Remaja perempuan yang berbakat besar tapi sangat pemalu. Tapi Moon berjaya buat dia menyanyi atas pentas.

Meena anak yang baik. Sebaik mungkin nak jaga hati keluarga yang sangat berharap dia sertai pertandingan.

Dalam pada keluarga dia sangka dia pergi audition kali kedua, Meena jadi pembantu pentas untuk Moon semata2 nak jaga hati keluarga.

Tapi selepas musibah jang jadi, Meena berpeluang juga menyanyi di pentas di akhir filem ni.

Bila kita ada impian tapi tak mampu nak capai sendiri dan pulak diri kita ni jenis yang mudah putus asa, dekati mereka yang bermotivasi tinggi. Peluang kita untuk gapai impian ebih cerah dengan mereka berbanding dengan orang yang suka menjatuhkan semangat.

Impian Meena dan Moon sama tinggi cuma yang beza watak mereka, Moon seorang yang optimis dan positif manakala Meena seorang yang pasif.

Haaaa ini je lah yang aku nak kongsi. aku tak de la cite satu2 secara terpeinci. Cukup sekadar apa yang aku ingat dan aku suka.

Ok byeeee.

No comments:

Powered by Blogger.