KHASIAT PERIA KATAK

January 19, 2018



Beberapa minggu lepas aku rasa badan aku ni ketat sangat nak bangun pagi pon payah. Tak tahu lah kenapa. Sampaikan nak solat pon malas, (huhuhu...) kes berat ni kalau nak solat pon malas pastu buat pon dalam keadaan terpaksa.

Dok pikir2 ape masalah aku ni? Macam mana ekk nak buat? Nak gi klinik, memang tak lah kannn (sape yang betul2 kenal aku je tau yang aku ni memang tak seka gi klinik).

Sebenarnya aku lebih percaya pada remedi yang semula jadi.

Last2 aku dapat idea nk try peria katak.

Rasanya ramai yang tahu kewujudan sayuran jenis buah ni kan? Warnanya hijau dan agak kecil dari peria yang biasa kita buat sayur tu.

Kerutunya pon lebih kecik dan banyak, rasanya lebih pahit dari peria yang besar tu.

Aku beli kat pasar malam, tak banyak pon 3 bijik je (hehehe...) nak try dulu kannnn.

Korang mesti ingat aku buat jus kan?? No.. no.. no.. sebab aku tahu aku takkan lalu nak telan.

Tiga biji tu untuk 3 hari, so sehari sebijik je aku makan.

Hari pertama aku buat peria katak goreng tepung. Caranya, aku korek bijik bijian dia pastu aku hiris nipis. Tapi jangan lah nipis sangat, agak2 la kan. Pastu rendam jap dengan air garam supaya kurang sket rasa pahit tu. Lebih kurang 30 minit rendam cuci bersih, keringkan ala kadar pastu celup ngan tepung tempura then goreng.

Dah siap makan ngan nasik panas2, fuhhhh sodap woooo...  Ratah pon syiokkk.

Hari kedua aku buat peria tumis sos tiram, alhamdulillah sedap gak.

Hari ketiga aku masak peria tumis air pon sedap gak.

Memang tak sangka peria ni sedap rupanya, tapi sebelum masak tu memang kena rendam air garam dululah supaya tak pahit sangat.

Lpeas makan peria katak ni Alhamdulillah badan aku rasa bertenaga tak de rasa ketat, berat, malas dan sebagainya.

Power rupanya peria katak ni ye, aku pon try la cari apa khasiat peria katak ni sebenarnya. Tak sangka memang banyak sangat khasiatnya.

InshaAllah aku akan terus amalkan dan lepas ni aku nak try buat jus pulak.

Ok, korang cekidaut khasiat peria katak ni ye; kredit to khasiatpokokherba.com 



Pengenalan

Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan.
Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan Nusantara dan Kepulauan Caribbean.
Dikenali sebagai tanaman herba, namun, pokoknya juga boleh ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik kerana karakter tumbuhan yang menarik.
Ia mempunyai batang yang lembut, menjalar dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya dan biasanya ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga lima meter.


Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekelilingnya. Daunnya yang berwarna hijau itu mempunyai tiga hingga tujuh lekuk yang tumbuh berselang-seli di batangnya. Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning.

Khasiat Pemakanan Peria Katak
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Kaedah pembiakan
– Pokok peria katak mudah dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh didapati dari buahnya yang telah masak ranum.
Kaedah penanamannya adalah seperti berikut:
– Semai dulu biji benih dalam medium tanaman untuk pokok berpasu ialah dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai). Gunakan juga medium tanaman ini untuk penanamannya.
– Apabila anak pokok telah tumbuh beberapa helai daun bolehlah dicabut. Berhatihati ketika mencabut dan pastikan terdapat medium tanaman yang masih melekat pada akarnya. Ini bagi memastikan agar anak pokok dapat terus hidup subur. Tanam sama ada dalam pasu atau di tanah untuknya tumbuh membesar.
Teknik penjagaan
1.Siram air dua kali sehari pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya bahan tanamannya tidak kering untuk mengelakkan daun, bunga atau putik buahnya layu dan gugur secara tiba-tiba.
Siram bila perlu sahaja.
Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan untuk mengelakkannya cepat kering
2. Dedahkan kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
3.Gunakan baja organik seperti baja najis ayam atau kelawar iaitu yang terbaik untuk membajai pokok ini ketika membesar hingga berbunga dan berbuah. Baja kimia juga sesuai untuknya.
– Gunakan baja yang mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi atau berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan pokok yang sihat.
– Gunakan baja yang mengandungi kandungan fosfat (P) atau berwarna merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak manakala baja yang mengandungi kandungan kalium (K) yang tinggi atau berwarna biru pula adalah untuk buah yang banyak dan cantik.
4.Tegakkan kayu pancang untuk memudahkan pokok ini memanjat agar ia dapat tumbuh subur dan berbuah.


No comments:

Powered by Blogger.