Resepi Kek Lemon Moist kukus (sukatan sudu)

January 09, 2018
Hari ni terasa nak buat kek lemon sebab dalam fridge ada setengah biji lemon. Kalau tak diusahakan alamatnya bonyot je lah lemon tu hahaha.

Ape lagi kite Google resepi.

Google punya Google jumpa satu resepi yang sangat menarik kat YouTube, sukatannya guna sudu makan je.

Nak adun pon boleh guna garpu je, takyah nak susah2 guna pemutar kek atau blender tapi hasilnya kebabommmm gitew.

Lepas incik husband gi keja aku pon mengejakanlah kek di dapur.

Meh ni aku share resepi yang aku dah olah sikit;

p/s: aku guna sudu bubur mekdi je

Bahan-bahannya;

2 biji telur
6 sudu gula
1 penutup esen vanila
6 sudu tepung naik sendiri (atau 6 sudu tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2biji lemon (parut kulitnya & perah jusnya) boleh kurangkan kalau tak suka masam
4 sudu susu pekat manis
2 sudu susu cair
6 sudu butter cup cair (kaedah double boil)

Cara-caranya;

1. Masukkan telur, gula dan esen vanila dalam mangkuk adunan pastu dikocok-kocok (hehe..) sampai gula hancur dan telur tu berbuih. Korang nak kocok guna pemukul telur boleh, kalau takde guna garpu pon takpe.

2. Pastu masukkan tepung sikit-sikit sambil dikacau sampai sebati. Tepung tu diayak dulu ye barulah dapat kek yang halus serta mulus (hehehe....).

3. Masukkan parutan kulit lemon dan jusnye sekali. Jus lemon ni pepandai korang lah ye, kalau aku setengah bijik tu just nice dah tapi yang anti masam boleh kurangkan.

4. Masukkan susu pekat manis dan susu cair dan kacau sampai sebati. Resepi asal tak guna susu cair tau. Resepi asal 6 sudu susu pekat manis. Aku ejas tang sini sebab aku taknak kek jadi manis sangat.

5.Last sekali masukkan butter cup cair dan kacau lagi sampai sebati. Kalau takde butter cup boleh je pakai mentega cair atau minyak jagung atau minyak masak, sukatannya sama gak 6 sudu.

6. Panaskan pengukus, aku takde pengukus jadinya aku pakai periuk masukkan air letak pelapik besi.

7. Griskan loyang dengan mentega atau minyak pastu tabur tepung supaya senang nak keluarkan kek nanti. Masukkan adunan kek dalam loyang dan hentak-hentak sikit supaya kek takde rongga udara bila dah masak nanti. Pastu bolehlah dikukus selama 25 minit dengan api sederhana.

Siap.

Very the simple kan? Selamat mencuba.


No comments:

Powered by Blogger.