Sinopsis drama kekasih paksa rela TV3

January 17, 2018
Aku terkejut uollsssssss. Lama sangat dah aku tak menonton drama tetiba tertengok lak drama Kekasih Paksa Rela ni.

Tah macam mana dok tengah ushar2 cite best tertekan channel TV3 plak, pastu rasa macam best je cite ni. So stay jap tengok, tapi tu lah tak tau ape cite pangkal tetiba tengok episod tengah2 (hahaha...).

Bila dah habis 1episod aku tengok mulalah terpikir2, ape cite budak sekolah ni pi kawen ngan bisnesman pulak? Mesti ada sebab, mana mak pak budak Hanan Khaira ni?

Soooooo biasalah aku ni bukan jenis drama punya orang, tak reti lah aku nak tahan sabo nunggu episod by episod. Tu sebab aku ni suka tengok filem, 1 shot habis cite.

Disebabkan perasaan ingin tahu tu aku pon menggogle sinopsis cite ni dan aku jumpa lah dengan blog sohoque.com .




Ok cekidaut;

"Sinopsis drama Kekasih Paksa Rela"

Berkisarkan tentang Adham dan Rosnaida yabg bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman.
Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka.
Adham di paparkan sebagai anak dan suami yang sangat baik. Berusaha untuk memenangi kedua orang yang disayanginya. Malah mungkin agak terlebih sedikit dalam memberi kebebasan kepada isterinya yang membuatkan ayahnya Dato Azman tidak berapa bersetuju dengan tindakan Adham. Tapi adham sebenarnya ingin menepati janjinya kepada arwah bapa isterinya untuk menjaga sebaiknya. Tidak mungkin dia boleh membuat pilihan antara ayah dan isterinya sendiri.
Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya.
Dalam plot ini pula, mengisahkan hanan pelajar yang menghadapi masalah keluarga atas desakan ekonomi dan masalah dalaman. Pertemuan yang tidak disangka sangka telah membawa satu perubahan kepada hanan dan juga adham sendiri.
Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba.
Pada asalnya, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.
Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?


No comments:

Powered by Blogger.