Ubat gigi Safi perisa oren

January 01, 2018
Sape pernah guna ubat gigi Safi perisa oren?

1st time aku nampak ubat gigi ni masa balik kampung, siap tanye mak sape punya ni? Mak selamba je cakap, mak punya buat gosok gigi palsu hahahahhaa geli hati betul dengar mak cakap.

Aku pon siap usik mak, mak ni sama macam Naqib lah (Naqib ni anak buah aku umo 6 tahun).

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku gi beli ubat gigi, terlintas pulak nak try jenama lain selain Colgate.

Pilih punya pilih decide nak guna Safi, amik lah satu yang ada free gift berus gigi.

Betullah kata orang, pompuan ni kalau ada free gift benda lain tak perasan dah. Walaupon freee gift tu tak mahal mana pon.

Sampai rumah tengok2 ubat gigi Safi perisa oren.

Whatttttttt?????????????????????

Ha itu lah, hari tu dok usik mak sekali terbeli wakakakkaka.

Nak buat cane kan? Dah beli guna je lah.

Tapi memang tak sangka ubat gigi Herba Oren & Harbatussauda Safi ni memang sedap. Sehari sampai 2 ke 3 kali gak lah aku gosok gigi.

Rasa dia lembut tak macam jenama2 yang pernah aku pakai sebelum ni.

Pastu mulut rasa segar dan tahan lama.

Bab2 ingredient aku taknak ulas sangat sebab aku bukan doktor gigi, kang salah ulas buat naye je kannnn.

So korang yang nak try rasa kesegaran yang luar biasa boleh lah try, (ni iklan tak berbayar tau, saje je review sebab aku suka taste ubat gigi ni).

Ok lah sekian saja review untuk hari ini.


No comments:

Powered by Blogger.